Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Johnny Depp Sebagai Jurugambar Dalam Trailer Filem Biopik MINAMATA

Setelah membuat tayangan perdana di Berlin International Film Festival awal tahun ini, Vertigo Releasing telah memperolehi hak filem biopik lakonan Johnny Depp, Minamata dan telah melancarkan trailer pertama untuk drama tersebut dan juga tarikh tayangan UK. Anda boleh tonton treler tersebut di pemain video dibawah.

Eugene Smith adalah seorang jurugambar untuk majalah Life, dengan salah satu karyanya yang paling terkenal adalah liputannya mengenai keracunan merkuri dikalangan penduduk Minamata, Jepun – yang dijadikan plot utama filem ini. Cerita ini akan dimulakan dengan Smith, bekas jurugambar Perang Dunia II, yang keluar dari kehidupan yang sunyi ketika seorang teman lama memintanya untuk pergi ke Jepun dan membongkar kisah besar ini.

Berdasarkan buku karya Smith dan isterinya Aileen Mioko Smith, filem ini ditulis oleh David K. Kessler dan diarahkan oleh Andrew Levitas, penulis dan pengarah drama keluarga 2014 Lullaby. 

Depp akan memainkan peranan sebagai Smith, dan dia dibantu pelakon Hiroyuki Sanada (The Wolverine, Mortal Kombat), Minami Hinase (Battle Royale), Bill Nighy (Detective Pikachu, Emma.), Jun Kunimura (The Wailing, Midway) dan Tadanobu Asano (Thor: Dark World, Mortal Kombat)

Minamata akan ditayangkan dipawagam United Kingdom pada 12 Februari 2021, setakat ini tarikh tayangan di Malaysia masih belum diketahui.

Sumber: ComingSoon

Related posts

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Dune Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Red Band Animasi “Injustice” Tunjuk Kekejaman Superman

Kakimuvee

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

Leave a Comment