Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Johnny Depp Sah Berlakon Dalam Filem Remake Murder on the Orient Express

murder-on-the-orient-express-1

Pembikinan filem Murder on the Orient Express sebelum ini telah menjadi sedikit kelam kabut apabila aktress Angelina Jolie terpaksa menarik diri dari menyertai bintang-bintang pelakon dalam pembikinan filem remake ini.

Beliau sebelum ini telah bersetuju untuk menyertai projek berkenaan, namun terpaksa menarik diri atas sebab-sebab yang ditidak diketahui. Namun begitu, projek berkenaan mendapat sentuhan kembali apabila dikhabarkan Johnny Depp dan Michelle Pfeiffer mengesahkan yang mereka akan turut terlibat dalam pembikinan filem ini.

Johnny Deep, Daisy Ridley & Judi Dench
Johnny Deep, Daisy Ridley & Judi Dench

Antara bintang-bintang yang terlibat dalam pembikinan filem  Murder on the Orient Express ialah Daisy Ridley, Bintang filem Star Wars: The Force Awakens, dan pelakon legenda Dame Judi Dence. Keempat-empat aktor tersebut akan menyertai pengarah Kenneth Branagh yang juga membawa karakter Hercule Poirot.

Johnny Depp akan membawa watak Rachett, Michelle Pfeiffer pula membawa karakter Mrs. Hubbard manakala Ridlet membawa watak Mary Debenham dan Dame Judi Dence akan membawa karakter Dragomiroff.

Selain dari 4 aktor terkenal, antara pelakon yang turut terlibat dalam pembikinan filem terbaru ini ialah Lucy Boynton, Tom Bateman, Derek Jacobi, Leslie Odom Jr. dan pelakon filem Ant-Man Michael Pena sebagai Marquez

Murder on the Orient Express 1974
Murder on the Orient Express 1974

Filem Murder on the Orient Express ini diadaptasikan dari novel Murder on the Orient Express yang ditulis oleh Agatha Christie dan diterbitkan pada 1934. Ia merupakan filem Novel jenayah terkenal pada masa itu dan pernah dilakonkan pada tahun 1974.

Murder on the Orient Express ini akan memulakan produksinya di London dalam bulan November ini dan tarikh tayangkan masih belum diumumkan.

 

Related posts

“THE BEATLES: GET BACK” To Debut Exclusively On Disney+ Hotstar

Isqandar

HBO MAX’S FEATURE FILM NO SUDDEN MOVE PREMIERES JULY 1 EXCLUSIVELY ON HBO GO

Kakimuvee

Bintang ‘Mortal Kombat’, Hiroyuki Sanada Sertai ‘John Wick 4’

Kakimuvee

Snake Eyes: Paramount Lancar Video Teaser Setiap Karakter

Kakimuvee

Amazon Prime Video Lancar Trailer Terakhir “The Tomorrow War”

Kakimuvee

James Gunn Sahkan Durasi The Suicide Squad

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating