Berita

Johnny Depp Mungkin Kembali Sebagai Captain Jack Sparrow??

Views

Seperti yang peminat tahu, krisis rumah tangga diantara Johnny Depp dan Amber Heard menjadi salah satu faktor kenapa aktor berbakat itu dipinggirkan Disney untuk terus memainkan wataknya sebagai Captain Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean seterusnya.

Namun, selepas kebenaran terbongkar, Depp dilihat berpeluang untuk kembali meneruskan wataknya dalam filem akan datang. Menurut beberapa sumber antarabangsa, Disney dikatakan sedang mempertimbangkan cadangan untuk membawa kembali Johnny Depp ke francais Pirates of the Caribbean. 

Walaupun masih diperingkat 'khabar angin', sudah tentu peminat teruja dengan berita kepulangan Depp sebagai Jack Sparrow. Rata-rata peminat sebelum ini telah meluahkan rasa kecewa selepas mengentahui Disney ingin menghasilkan semula francais dengan membawa masuk pelakon baru, menggantikan Johnny Depp. Antara pelakon yang diura-ura akan mengambilalih watak Jack Sparrow adalah Zac Efron.

Johnny Depp sememangnya tidak asing dalam francais Pirates of the Caribbean. Kemunculannya dalam lima filem telah banyak membantu memberi pulangan besar kepada Disney dengan kutipan keseluruhan melebihi $4.5 billion dolar seluruh dunia. Walaupun Disney pernah menyatakan bahawa mereka dapat berjimat $90 juta jika tidak melibatkan Johnny Depp, hakikatnya aktor tersebut adalah 'pelaris' yang mampu menarik penonton menyaksikan filem-filem lakonannya dipanggung-panggung wayang.

Jadi kepada para peminat Johnny Depp, adakah anda mahu aktor tersebut terus berada dalam francais Pirates of the Caribbean? kongsikan pendapat anda.

Sumber: Insidethemagic.net

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks