Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Johnny Depp Ditampar Bekas Isteri Antara Pendedahan Terbaru Di Mahkamah Tinggi Britain

Lagi pendedahan terbaru dibuat dalam kes saman fitnah Johnny Depp terhadap akhbar The Sun News Group Newspapers.

Pada Khamis yang lalu, Mahkamah Tinggi Britain mendedahkan foto muka bintang Pirates of the Caribbean, Johnny Depp dalam keadaan lebam, ditengah-tengah dakwaan bahawa dia ditampar oleh bekas isterinya, Amber Heard.

Ketika prosiding perbicaraan, ketua pengawal peribadi Depp, Sean Bett mendakwa Heard sering melakukan serangan fizikal terhadap suaminya ketika perkahwinan mereka sedang goyah.

Foto yang dikemukakan itu difailkan bersama kenyataan bertulis Bett.

Depp sebelum ini berdepan dengan 14 pertuduhan yang dibuat oleh bekas isterinya itu berhubung keganasan rumah tangga antara tahun 2013 dan 2016. Ia termasuk satu kejadian yang berlaku di sebuah pulau di Bahamas, rumah sewa  di Australia sertajet peribadi.

Bagaimanapun, pelakon filem Pirates Of Caribbean itu menafikan kesemua pertuduhan tersebut. Depp bercerai dengan Heard pada tahun 2016.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Klip Terbaru Venom: Let There Be Carnage Goda Transformasi Cletus Kasady

Kakimuvee

Randall Park, Jani Zhao Antara Yang Sertai Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Ultraman Musim Ke-2 Dapat Poster Teaser Dari Netflix Menjelang Pelancarannya Pada Tahun Hadapn

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

Leave a Comment