Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Johnny Depp Dipaksa Keluar Dari Francais Fantastic Beasts


Johnny Depp tidak lagi membawa watak ahli sihir Gellert Grindelwald dalam francais Fantastice Beasts. Pekara tersebut didedahkan aktor itu pada Jumaat yang lalu menerusi laman Instagram miliknya.

“Saya ingin memberitahu anda bahawa saya telah diminta oleh Warner Bros. untuk mengundurkan diri dari peranan saya sebagai Grindelwald dalam ‘Fantastic Beasts’ dan saya telah menghormati dan menyetujui permintaan itu,”

https://www.instagram.com/p/CHQXHimJvAC/?igshid=1lyaintqt6svq

Pengunduran Depp dari siri spin off Harry Potter itu datang beberapa hari selepas dia tewas dalam kes saman fitnah terhadap tabloid The Sun mengenai artikel yang mendakwa dia “memukul isterinya.” Depp menjelaskan bahawa dia merancang untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu. 

Warner Bros. mengesahkan pengunduran Depp dan mengumumkan wataknya akan diganti dengan pelakon lain sebelum filem ketiga ditayangkan dipawagam. Pihak studio sebelum ini telah menunda tarikh tayangan filem akan datang, yang mana ia sepatutnya ditayangkan pada November 2021. Fantastic Beast kini ditetapkan tayangan pada musim panas 2022. 


“Johnny Depp akan meninggalkan francais ‘Fantastic Beast’. Kami mengucapkan terima kasih kepada Johnny atas sumbangannya dalam filem ini.” ujar jurucakap Warner Bros. 

“Fantastic Beast 3 kini sedang dalam produksi, dan peranan Gellert Grindelwald akan diganti dengan pelakon lain. Filem ini akan memulakan tayangannya di pawagam seluruh dunia pada musim panas 2022.”

Sumber: Variety


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee