Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

‘John Wick: Chapter 4 Ditunda Ke 2023, Lihat Video Pengumuman Kelewatan Disini

Lionsgate telah mendedahkan bahawa John Wick: Chapter 4 tidak akan ditayangkan pada 27 Mei 2022, seperti yang dirancang pada awalnya. Sekuel aksi yang diterajui Keanu Reeves itu kini akan dikeluarkan pada 2023 dengan penangguhan hampir selama setahun. Peminat akhirnya akan dapat melihat entri keempat pada 24 Mac 2023.

Lihat video pengumuman kelewatan John Wick 4 di bawah:

Ansuran keempat akan menyaksikan kepulangan Keanu Reeves sebagai pembunuhan yang sukar untuk dikalahkan. Kali terakhir wataknya dilihat adalah semasa di melarikan diri dan mengalami kecederaan parah selepas di dikhianati Winston lakonan Ian McShane.

Chad Stahelski kembali sebagai pengarah manakala lakon layar ditulis oleh Shay Hatten dan Michael Finch, yang mengambil alih francais dari pencipta John Wick, Derek Kolstad.

Menyertai Reeves adalah bintang pop Jepun-British Rina Sawayaman, Shamier Anderson (Awake), Bill Skarsgard (IT), Hiroyuki Sanada (Mortal Kombat), Lance Reddick, Ian McShane, dan Donnie Yen (IP Man), yang dilaporkan bakal membawa watak rakan lama kepada John Wick. 

John Wick: Chapter 4 diterbitkan oleh Basil Iwanyk, Erica Lee dan Stahelski, dengan Reeves dan Louise Rosner akan bertindak sebagai penerbit eksekutif. Penggambaran telahpun bermula dan akan berlangsung di Perancis, Jerman dan Jepun. 

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment