Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

John Wick 3 Akan Memulakan Penggambaran Mac Ini, Chad Stahelski Akan Kembali Mengarah

Penggambaran filem ketiga John Wick akan bermula lebih cepat dari yang disangka dengan pengarah Chad Stahelski akan kembali mengarahkan filem ketiga ini dengan penambahan beberapa pelakon baru.

Stahelski buat masa ini masih belum dilantik secara rasmi oleh pihak studio untuk mengarahkan filem kali ini, tetapi dengan perkembangan terbaru filem berkenaan merumuskan pengarah tersebut akan menyelesaikan franchise John Wick. Stahelski juga mengumumkan ‘working title’ untuk filem John Wick 3 adalah Alpha Cop.

Menurut laporan dari That Hashtag Show, produksi filem ketiga ini akan dimulakan pada 1 Mac 2018 dan akan bertempat di Kota New York. Beberapa lokasi seluruh dunia juga dikatakan akan menjadi tempat penggambaran filem John Wick 3 antaranya Rusia dan Sepanyol.

Selain Keanu Reeves, antara pelakon lama yang akan kembali adalah Laurence Fishburne yang akan meneruskan watak Bowery King & Ruby Rose, pembunuh upahan yang ingin membunuh John Wick dalam filem sebelum ini.

Selain itu, beberapa pelakon baru akan membintangi filem ini dan antara yang dikhabarkan akan terlibat adalah Hiroyuki Sanada yang akan membawa watak seorang ketua sindiket jenayah Jepun. Pihak studio juga dikatakan sedang mencari aktres wanita yang juga akan membantu John Wick dalam filem akan datang.

Aktor Keanu Reeves mendedahkan, filem John Wick 3 nanti penonton akan melihat cabaran John Wick dalam melarikan diri dari Kota New York.

John Wick 3 dijangka akan menemui penonton 17 May 2019.

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment