Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

John Krasinski Berminat Untuk Berlakon Dalam Filem Reboot Fantastic Four

Pelakon dan juga pengarah John Krasinski mendedahkan beliau berminat untuk membawakan karakter Mr. Fantastic dalam filem Fantastic Four. Beliau berkata demikian semasa ditanyakan soalan oleh wartawan dalam sesi temubualnya sempena tayangan terbarunya,  A Quiet Place yang mana beliau turut berlakon dalam filem itu bersama-sama isternya, Emily Blunt.

Dalam temubual tersebut, pihak wartawan juga mencadangkan agar Emily Blunt turut berlakon dalam filem ‘reboot’ Fantastic Four dengan membawakan watak Sue Storm aka Invisible Woman.  Ia berdasarkan filem terbaru mereka dimana kedua-dua melakonkan watak suami isteri.

“Oh yeah, the Fantastic Four. I would love that! I mean listen, I’m still getting into the whole superhero thing. I didn’t read comics as a kid, not as many, I read some but not as much, but I’m a huge superhero fan so yeah, I’d love to do something like that. If there are any left, a lot of these have been taken but the ones that are left, yeah, I would love to do something like that. And listen, I’d love to work with her again so any chance I got would be great.”

Terdapat segelintir peminat telah mencadangkan nama pelakon dan pengarah itu untuk membawakan watak Reed Richard aka Mr. Fantastic sekiranya filem superhero Fantastic Four dihasilkan semula.

https://twitter.com/Nelson2Nero/status/954827698911760385

Ini bukan pertama kali pasangan suami isteri ini dikaitkan dengan watak superhero. Sebelum ini John Krasinski pernah dikaitkan dengan watak Steve Rogers untuk filem Captain America: First Avengers, manakala Emily Blunt turut dikaitkan dengan watak Black Widow dalam filem Iron Man 2 sebelum Scarlett Johansson mendapat membawa karakter tersebut.

Jadi kepada peminat Fantastic Four, apa pendapat anda jika kedua-dua pelakon ini membawakan watak Mr. Fantastic dan Invisible Woman?

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment