Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

John David Washington Dikaitkan Dengan Watak Harvey Dent/Two-Face Dalam Filem The Batman


John David Washington Two Face

Terdapat desas-desus mengatakan bahawa filem The Batman arahan Matt Reeves bakal menampilkan beberapa karakter jahat seperti Penguin, The Riddler dan Harvey Dent / Two Face. Kini terdapat laporan terbaru dari laman Geeks WorldWide yang mengaitkan pelakon filem BlacKkKlansman, John David Washington dengan karakter Harvey Dent / Two-Face.

Laman tersebut menegaskan perbincangan antara pelakon tersebut dengan pihak studio masih belum bermula, tetapi Reeves dilihat berminat untuk menyatukan semula Robert Pattinson dengan Washington dalam filem komik DC itu. Pattinson dan Washington bersama-sama membintangi filem Tenet arahan Christopher Nolan.

Ini bukan kali pertama karakter penjahat Two-Face dilakonkan oleh aktor kulit hitam. Sebelum ini aktor Billy Dee Williams pernah membawakan peranan tersebut dalam Batman arahan Tim Burton.

Apapun setakat ini ia masih dianggap khabar angin kerana pekara tersebut masih belum disahkan oleh pihak studio mahupun pengarah sendiri.

Filem The Batman dijangka akan memasuki fasa produksi pada awal tahun hadapan, dan berita serta khabar angin mengenai barisan pelakon dan karakter mungkin akan kedengaran sehingga produksi bermula secara rasmi.



Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee