Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

John Cho Cedera Di Set Penggambaran Cowboy Bebop

Pelakon filem Star Trek Beyond, John Cho telah dikejarkan ke hospital gara-gara kemalangan ngeri yang berlaku di set penggambaran siri adaptasi anime Jepun, Cowboy Bebop. Susulan daripada itu, Netflix telah mengumumkan, penggambaran terpaksa dihentikan selama 7 hingga 9 bulan sehingga Cho kembali pulih dari kecederaannya.

Kemalangan dilaporkan terjadi ketika ingin membuat rakaman terakhir, menyaksikan Cho cedera dibahagian lutut yang memerlukannya diterbangkan ke Los Angeles untuk menjalani pembedahan dan akan memerlukan tujuh hingga sembilan bulan untuk pemulihan.

Sementara itu, pelakon tersebut mengucapkan terima kasih kepada peminatnya menerusi laman Instagram dan berjanji untuk kembali dengan segera.

https://www.instagram.com/p/B3xws3PDBZC/?utm_source=ig_web_copy_link

Siri adaptasi 10 episod itu turut dibintangi pelakon seperti Elena Satine, Mustafa Shakir, Danielle Pineda, dan Alex Hassell. Cho memainkan peranan sebagai Spiegel manakala Satine sebagai Julia. Manakala pelakon lain seperti Shakir membawa watak polis baik, Jet Black, Pineda sebagai pemburu upahan, Faye Valentine dan Hassell sebagai Vicious.

Netflix dan Tomorrow Studios bekerjasama menerbitkan siri live-action ini dengan Netflix menguruskan proses produksi.

Cowboy Bepop yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1998 berkisarkan tentang krew The Bepop bekerjasama mengesan pelarian yang diburu untuk mendapatkan wang mudah. Siri ini pernah disiarkan selama 26 episod sahaja dan satu siri istimewa pada penghujung 1990an. Adaptasi filem pernah dihasilkan pada 2001 berjudul Cowboy Bepop: The Movie.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Kedua “Sweet Tooth”

Kakimuvee