Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

John Cena Cerita Pengalamannya Sebagai Peacemaker Kepada Budak Sekolah Dalam Trailer Red Band Terbaru

Akhirnya tiba masanya untuk berhadapan dengan Peacemaker – seorang yang hipokrit, ego, mementingkan diri sendiri, dan bersemangat yang percaya dalam mencapai keamanan dalam apa jua keadaan.

Peacemaker, yang dibintangi oleh John Cena sebagai watak eponim, akan memulakan tayangan perdana dengan tiga episod pada masa yang sama dengan A.S. pada Khamis 13 Januari hanya di HBO GO. Episod baharu akan debut setiap Khamis berikutnya. Juga, saksikan kehebatan watak Peacemaker dalam The Suicide Squad sekarang, hanya di HBO GO.


Siri superhero terbaru ini akan meneroka asal usul watak yang pertama kali dibawakan oleh Cena dalam filem James Gunn pada 2021, The Suicide Squad, yang kini tersedia di HBO GO. Peacemaker adalah seorang lelaki yang sombong dan angkuh yang percaya kepada keamanan dalam apa cara sekalipun, tidak kira berapa ramai orang yang perlu dia bunuh untuk mendapatkannya.

Siri ini turut dibintangi oleh Danielle Brooks sebagai Adebayo, Freddie Stroma sebagai Vigilante, Jennifer Holland sebagai Harcourt, Steve Agee sebagai Economos, Chukwudi Iwuji sebagai Murn, dan Robert Patrick sebagai Auggie Smith.

Gunn menulis kesemua lapan episod Peacemaker dan mengarahkan lima episod. Gunn, Peter Safran dan Matt Miller berkhidmat sebagai penerbit eksekutif untuk siri ini, dengan Cena sebagai penerbit eksekutif bersama. Berdasarkan watak daripada DC, Peacemaker dihasilkan oleh Troll Court Entertainment dan The Safran Company dengan kerjasama Warner Bros. Television.

Super Hero atau Super Villain, anda sendiri yang tentukan. Tetapi sebelum anda membuat sebarang penilaian lanjut, tonton Treler Red Band terbaru Peacemaker dibawah:

Related posts

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Loki & Sylvie Kembali Bersatu Di Set Penggamabaran LOKI Musim 2

Kakimuvee

“One Piece Film: Red” Tunjuk Prestasi Baik Di Box Office Jepun

Zulaikha

Sekuel “District 9” Masih Diteruskan, Mungkin Akan Jalan Penggambaran Tidak Lama Lagi

Kakimuvee

Senyuman Pembawa Maut Dalam Trailer SMILE, Akan Tayang Di Malaysia September Ini

Kakimuvee

Leave a Comment