Berita

John Cena Bintangi Filem Fast and Furious 9!

Views

Segala desas-desus mengenai penglibatan bintang WWE, John Cena dalam filem Fast and Furious 9 akhinya terjawab apabila pengusti itu disahkan akan membintangi filem aksi perlumbaan itu.

Menurut laporan dari Deadline, watak yang bakal dilakonkan Cena buat masa ini tidak diketahui tetapi menggambarkan wataknya sebagai seorang yang agak 'badass'.

Pemilihan Cena juga dikatakan boleh menutup rompong yang ditinggalkan oleh Dwayne Johnson selepas pelakon yang terkenal dengan gelaran 'The Rock' itu dilaporkan tidak akan berlakon dalam filem ke-9 francais Fast and Furious. 

Fast and Furious 9 akan diarahkan oleh Justin Lin manakal skrip ditulis oleh Dan Casey. Vin Diesel turut bertindak selaku penerbit menerusi syarikatnya One Race Films.

Filem aksi ini bakal memulakan produksi pada hujung bulan ini dan akan mula ditayangkan pada 22 May 2020.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares