Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

John Boyega Tolak Teori Wataknya Adalah Seorang Jedi

Sejak melihat Finn menggunakan Lightsaber dalam filem Star Wars: A Force Awakens, pelbagai teori peminat telah dikeluarkan yang menyatakan Finn merupakan seorang Jedi. Malah apabila Lucasfilm mengumumkan tajuk untuk filem kelapan Star Wars berjudul The Last Jedi, teori peminat mengenai karakter Finn semakin kuat dan menyatakan Finn akan menjadi Jedi dalam filem akan datang itu.

Namun, teori-teori tersebut telah menyebabkan kekeliruan dikalangan peminat Star Wars sehingga aktor yang membawakan watak tersebut, John Boyega terpaksa membuka mulut untuk menerangkan karakter sebenarnya itu. Beliau telah memberi jawapannya mengenai karakter Finn semasa ditemubual oleh wartawan laman web Digital Spy; –

“Would I like to be a Jedi? I think it would be more interesting if they had more than one person be a Jedi – but I think that that is the one of the unspoken laws of Star Wars. They only have one who has to go away and train. … I hope it takes an interesting turn; not in terms of being a Jedi, but there are loads morestronger characters in the Star Wars universe that can go up against Jedi and they don’t necessarily have to be a Jedi. I would like to explore that more; the whole Boba Fett vibe. I would like to explore that for Finn, but who knows?”

Jawapan yang diberikan oleh Boyega mengenai karakternya itu menegaskan bahawa Finn bukanlah seorang Jedi, sebaliknya merupakan karakter yang mempunyai identitinya sendiri.

Malah Finn juga mendedahkan, setiap karakter yang popular dan hebat dalam filem Star Wars tidak semestinya seorang Jedi.

Jadi kepada peminat-peminat Star Wars, teori mengenai Finn merupakan seorang Jedi boleh ditolak kerana aktornya sendiri telah menafikan yang Finn adalah seorang Jedi. Walaupun wataknya itu bukanlah seorang Jedi, Boyega yakin. Finn mampu menyerlah dalam franchise Star Wars serta popular sepertimana watak Han Solo.

Star Wars: The Last Jedi akan ditayangkan keseluruh dunia pada 13 Disember 2017

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment