Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Johan Kecewa #TerobekRaya Di Tayang Secara Haram Di Facebook


Pelakon dan pelawak terkenal, Johan nyata kecewa dan marah dengan tidakan segelintir individu tidak bertanggungjawab memuatnaik filem televisyen pertama syarikatnya yang berjudul #TerobekRaya dilaman Facebook.

Tindakan itu membolehkan orang ramai menonton filem #TerobekRaya itu secara percuma tanpa perlu membayar RM15.90 di Astro First Eksklusif (480).

Menurut laporan mStar, Johan memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan guaman terhadap individu terbabit yang sengaja menyebarkan filem tersebut secara haram. Beliau juga sudah mengesan beberapa individu dan pemilik laman Facebook yang melakukan perkara serupa.

“Jika masih ada yang berdegil dan memuat naik filem ini di laman sosial, pihak kami dan Astro tidak teragak-agak untuk menghantar surat guaman dan membawa kes ini ke mahkamah.

“Bagi saya inilah cabaran sebagai anak seni, walau bagaimanapun saya tidak akan berputus asa untuk terus menghasilkan filem lain selepas ini,” – Johan

Sementara itu, isterinya Ozlynn Wati  yang juga penerbit filem televisyen #TerobekRaya meluahkan perasaan terkilannya melihat filem syarikat mereka tersebar secara haram di media sosial popular itu.

Kata Ozlynn, dia mengetahui penyebaran filem itu di Facebook selepas diberitahu oleh kru penerbitan syarikat produksinya, JWH Production.


“Sejujurnya, kami sangat terkilan dengan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab memuat naik filem #TerobekRaya di Facebook. Bukan saya sahaja kecewa malah pelakon dan semua krew terlibat turut melahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku. Kami juga telah menghantar mesej amaran selain meminta mereka menurunkan filem itu daripada Facebook mereka,” katanya. “

Sementara itu, Ozlynn berharap pihak berkuasa dapat memantau dan mengatasi isu cetak rompak secara digital yang sering terjadi dalam kalangan penggiat seni.

“Sebelum ini ada juga beberapa filem yang turut menjadi mangsa mereka yang tidak tahu menghargai karya dan usaha anak seni. Besar harapan kami agar pihak berkuasa mampu menangani dan membanteras permasalahan ini agar ia tidak berulang lagi. Bayangkan berapa banyak kerugian yang terpaksa kami tanggung jika kes cetak rompak secara digital ini terus berleluasa, sedangkan di sinilah tempat kami mencari rezeki,” Ozlynn

Selain dibintangi oleh Johan dan Ozlynn, #TerobekRaya ini menampilkan Beto Kusyairi, Zizan Nin, Sherry Al Hadad, Marsha Milan, Azhan Rani, Tauke Jambu, Kazar Saisi, Achey Bochey, Riz Amin dan Ani Mayuni.

Sumber: mStar Online


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee