Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Johan Juara Super Spontan Superstar

johan-juara-super-spontan

PELAWAK dan penyampai radio, Johan Raja Lawak menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara Super Spontan Superstar (SS Superstar).

Johan yang juga anggota kumpulan Monyet Mafia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Manakala Naib Johan menjadi milik Abam sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Sementara Achey menduduki tempat ketiga yang turut membawa pulang wang tunai RM25,000 dan trofi.

Sementara Fad, Ozlyn, Tauke terpaksa berpuas hati berada di tempat keempat, kelima dan keenam serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000.00 setiap seorang serta trofi.

Gelanggang akhir Super Spontan Superstar menyaksikan enam peserta Ozlynn, Fad, Abam, Tauke, Johan dan Achey berentap secara individu dan bukan berkumpulan seperti minggu-minggu sebelum ini.

Minggu akhir SS Superstar menampilkan pelakon dan penerbit popular Hans Isaac sebagai komentator jemputan bersama Afdlin Shauki.

SS Superstar akhir bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Jumaat bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134).

SS Superstar dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai ‘pengacau’ atau ‘batu api’.

Pentas akhir SS Superstar turut menampilkan Ayda Jebat, Zizan Razak, Black dan Tomok sebagai artis jemputan.

Related posts

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating