Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Johan Bintangi Pementasan Teater Berjudul “Siti Di Alam Fantasi”

Kredit; Azhan.co

Pelakon, pelawak dan penyampai radio popular, Johan bakal membintangi pementasan teater berjudul “Siti Di Alam Fantasi” tidak lama lagi.

Ini merupakan pementasan teater kedua Johan nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz pada tahun ini selepas membintangi teater berjudul Pawana Isabella pada September yang lalu.

Teater Siti Di Alam Fantasi pernah dipentaskan di Istana Budaya pada 10 tahun yang lalu dimana Johan bergandingan dengan pelakon Ebby Yus dan Liyana Jasmay. Untuk kali ini, dia akan digandingkan dengan Abam Bocey dan Janna Nick

Menurut Johan, dia bersetuju untuk terlibat dengan pementasan drama teater kerana rindu dalam persembahan secara langsung.

“Saya suka membabitkan diri dalam persembahan secara langsung kerana saya sendiri suka menyaksikan acara langsung sejak kecil seperti sarkas.

“Malah, sekarang pun saya suka membawa anak-anak untuk menonton sarkas. Kenapa sarkas? Sebab kalau kita menonton sarkas kita akan dapat lihat sekumpulan manusia yang mempunyai skil pelbagai dan persembahan mereka sangat mengagumkan.

“Ia secara tidak langsung dapat mengajar anak-anak jika kita ada kemahiran dalam hidup, ia boleh dijadikan sumber kewangan bagi menampung hidup,”

Teater Siti Di Alam Fantasi akan dipentaskan buat kali keempat bermula 21 hingga 26 November ini di Panggung Sari. Ia turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Fizo Omar, Issey Fazlisham, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Ziela Jalil, Erma Fatima, Isma Halil dan isteri Johan sendiri iaitu Ozlynn Waty.

Sumber: Cinema Online / Harian Metro.

Related posts

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Viu Original “Keluarga Baha Don” Kembali Lagi Untuk Musim 3

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Leave a Comment