Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Johan Berang Individu Dedahkan Rekod Peribadinya


johan

Johan, penyampai radio Era FM, meluahkan rasa kecewa apabila maklumat peribadinya didedahkan pihak tidak bertanggungjawab

Akibat perbuatan tersebut, kediaman personaliti popular itu telah dikunjungi beberapa individu tidak dikenali.

Menerusi luahan yang dibuat di akaun Instagramnya, Johan berkata, meskipun mereka yang datang ke rumahnya itu bertujuan untuk memberikan hadiah, tetapi isu utama ialah tentang keselamatan anak-anak dan keluarganya.

Tidak menyimpan sebarang prasangka, sebaliknya pengacara Lawak Solo itu bingung bagaimana alamat rumahnya boleh diketahui ramai.

https://www.instagram.com/p/BMTYtvPB5cG/?taken-by=jozlynnhanania


Johan juga telah menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak yang mendedahkan maklumat peribadinya dan akan membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

Pada masa sama, pengikut IG @jozlynhahania turut menyokong tindakan tegas Johan yang ingin mengambil tindakan terhadap individu tidak bertanggungjawab membocorkan maklumat peribadinya.


Related posts

Fazura Nafi Menjadi Punca Kepada Pembubaran Kelab Peminat Fattah Amin

Is Mohd

Johan Kecewa #TerobekRaya Di Tayang Secara Haram Di Facebook

Kakimuvee

Ziana Zain Rindukan Dunia Lakonan

Kakimuvee

Mark Wahlberg “Sound” Justin Bieber

Kakimuvee

Artis Korea, Video Jinyoung Elak Dari Bersalam Dengan Peminat Muslim

Kakimuvee

Uqasha Senrose Lebih Selesa Tidak Bertudung

Kakimuvee