Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joel Kinnaman Kembali Bawakan Watak Rick Flag Dalam Filem Suicide Squad


Pelakon Joel Kinnaman dilaporkan akan kembali membawakan watak Kolonel Rick Flag dalam filem The Suicide Squad arahan James Gunn. Pelakon tersebut mendedahkan berita tersebut kepada peminat menerusi pautan di laman Instagram miliknya.

The Suicide Squad merupakan sebuah filem ‘soft reboot’ dan menyaksikan hanya beberapa pelakon asal kembali membintangi filem arahan James Gunn itu. antara Jai Courtney dan Viola Davis yang akan membawakan watak masing-masing iaitu Captain Boomerang dan Amanda Waller manakala Margot Robbie dilaporkan mungkin akan kembali membawakan wataknya, Harley Quinn.

Bekas pelakon trilogi Thor, Idris Elba akan turut membintangi filem ini, bagaimanapun wataknya masih lagi tidak diketahui. Antara pelakon lain yang turut menyertai barisan pelakon adalah David Dastmalchian sebagai Polka-Dot Man, Daniela Melchior Ratcatcher dan bintang WWE, John Cena.

The Suicide Squad akan menemui penonton pada 6 Ogos 2021


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Will Smith Dedah Kenapa Dia Tidak Teruskan Peranan Deadshot Dalam The Suicide Squad

Kakimuvee

Kutipan “The Suicide Squad” Pada Minggu Pertama Tayangan Sedikit Mengecewakan

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee