Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joe Taslim Tandatangani Pilihan Untuk Bintangi Empat Lagi Filem “Mortal Kombat”

Bukan satu, tapi empat lagi filem Mortal Kombat yang bakal ditonton peminat. 

Dalam temubual dengan Variety, pelakon Sub-Zero Joe Taslim menyatakan bahawa kontraknya merangkumi pilihan untuk dia kembali sebagai ninja ais untuk empat lagi filem tambahan jika semuanya berjalan lancar. Berdasarkan francais permainan video tempur yang dibangunkan oleh NetherRealm Studios, terdapat banyak watak dan jalan cerita yang boleh dibuat setelah filem reboot ini, jadi tidak sukar untuk menghasilkan sekuel. 

Spoiler

Dalam filem Mortal Kombat, watak Sub-Zero lakonan Joe Taslim telah tewas ditangan Scorpion, namun wataknya berpotensi untuk kembali dalam filem-filem akan datang. Berdasarkan sumber asal Mortal Kombat Sub-Zero (atau Bi-Han) adalah ninja jahat yang memerintah clan Lin Kuei. Bagaimanapun selepas kematian Bi-Han ditangan Scorpion, mantel Sub-Zero diambil oleh adiknya Kuai Liang, yang memiliki karakter yang berbeza dengan abangnya serta menjadi protagonis. 

Bi-Han pula dihidupkan kembali dan menjadi figura bernama Noob Saibot, watak antagonis terkenal Mortal Kombat yang pasti akan terlibat dalam filem akan datang. 

Filem Mortal Kombat kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment