Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman


Jika segalanya berjalan lancar, kita mungkin berpeluang melihat filem The Batman arahan Ben Affleck. Filem tersebut dikatakan menjadi medan pertembungan diantara dua musuh ketat iaitu Batman dan Slade Wilson aka Deathstroke. Bagaimanapun, filem tersebut tidak berlaku, dan sebab pertembungan diantara mereka tidak diketahui. 

Dalam versi pawagam Justice League, Lex Luthor memanggil Deathstroke ke kapal layarnya untuk berbincang tentang penubuhan “Liga mereka sendiri”. Namun, dalam versi Snyder Cut perbincangan antara kedua-dua penjahat itu sebenarnya lebih panjang, dimana Lex Luthor mendedahkan identiti sebenar Batman kepada Deathstroke. 

Kenapa Slade Wilson mahu maklumat mengenai Batman? pelakon Joe Manganiello mendedahkan sebabnya. 

Menurut Manganiello skrip asal menyebut tentang kematian anak Slade Wilson, dan dia menyalahkan Batman atas kematian anaknya itu. 

“Apa yang tertulis pada skrip adalah Slade menyalahkan Batman atas kematian anaknya”, dedah Joe Manganiello semasa acara Justice Con yang berlangsung baru-baru ini. “Anak Slade telah terbunuh. Ada beberapa peristiwa yang merujuk pada Bruce, merujuk pada Batman. Dia bertanggungjawab atas kejadian itu. Slade menyalahkannya”


“Ada khabar berita mengenai Slade yang ingin membunuh Batman,” kata Manganiello lagi. “Disebabkan itulah dia dipanggil ke kapal layar Lex Luthor, dan dia memberi maklumat penting untuk menolongnya. Jadi, Slade berpotensi untuk menewaskan Batman.”

Manganiello juga berharap agar kisah Slade dapat diteruskan.

“Saya rasa ia akan menjadi siri yang menyeronokkan dan orang-orang akan sangat menyukainya dan tidak banyak yang menyukainya di luar sana sekarang. Ia akan mempunyai nada dan tempatnya sendiri [ di DCEU]. Saya rasa ia akan sangat menyeronokkan dan sangat unik.”

Sebelum ini terdapat berita perancangan mengenai filem Deathstroke, tetapi tidak dipastikan sama ada Warner Bros. mahu meneruskannya ataupun tidak. 


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee

Kutipan Pembukaan Blue Beetle Dijangka Atasi Kutipan Barbie

Kakimuvee