Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jodie Comer Dikaitkan Dengan Peranan Furiosa Dalam Prekuel MAD MAX: FURY ROAD


Pengarah Mad Max: Fury Road, George Miller mengesahkan bahawa sebuah filem prekuel yang akan memberi fokus kepada karakter Furiosa akan dihasilkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, aktres Charlize Theron tidak akan meneruskan peranannya sebagai Furiosa, sebaliknya seorang pelakon yang lebih muda bakal mengalas peranan tersebut.

Pada Mac yang lalu, terdapat khabar angin yang mengaitkan pelakon Jodie Comer dengan watak Furiosa, dan laman The Hollywood Reporter (THR ) mungkin mengesahkan khabar angin tersebut. Bagaimanapun, laman tersebut tidak memberikan sebarang maklumat lanjut.

Dalam perkembangan berasingan, pelakon The New Mutants, Anya Taylor-Joy turut dikaitkan dengan watak Furiosa, manakala bintang The Eternals, Richard Madden dikhabarkan akan ‘dirisik’ untuk memainkan peranan “seorang lelaki tampan yang mempunyai parut”.

Filem prekuel Furiosa ini masih lagi ditahap awal pembangunan (Miller masih belum memulakan penggambaran filem Three Thousand Years of Longing dengan Tilda Swinton dan Idris Elba), jadi kita mungkin perlu menunggu untuk mengentahui senarai rasmi pelakon.



Related posts

Transformasi Anya Taylor-Joy Sebagai FURIOSA Untuk Spin-Off “Mad Max: Fury Road”

Kakimuvee

Chris Hemsworth Hampir Tidak Dikenali Dalam Foto Belakang Tabir “Furiosa”

Kakimuvee

15 Pelakon Aksi Wanita Paling Hebat Dalam Sejarah Hollywood

Kakimuvee

“Geran” & “Wira” Berada Dalam Senarai Top 10 Filem Aksi/Seni Bela Diri Asia Terbaik 2020

Kakimuvee

Warner Bros. Umum Tarikh Tayangan “Furiosa”

Kakimuvee

Anya Taylor-Joy, Chris Hemsworth & Yahya Abdul-Mateen II Bintangi Filem Spin-Off Mad Max: Fury Road, FURIOSA

Kakimuvee