Joaquin Phoenix Tonton Video Pesakit Gangguan Neurologi Bagi Mendapatkan Inspirasi Gelak Tawa Joker

1518
views

Tidak ada ciri yang lebih penting kepada watak The Joker melainkan gelak tawanya. Sejak awal kemunculannya di skrin kecil atau di layar perak, sehingga ke hari ini, setiap pelakon yang memainkan peranan “Clown Prince of Crime” mempunyai gaya mereka sendiri.

Joaquin Phoenix, yang memainkan peranan Joker dalam filem Joker arahan Todd Phillips turut tidak terkecuali. Ketika ditemubual oleh Il Verdini, pelakon tersebut mendedahkan bagaimana dia mendapat inspirasi untuk gelak tawa Joker.

“Saya menonton video orang-orang yang menderita ketawa patologi, gangguan neurologi yang membuatkan individu tertawa tidak terkawal.”

Secara tidak langsung, aktor tersebut telah mendedahkan serba sedikit mengenai karakter Arthur Fleck diperingkat awal sebelum karakternya dimakan secara perlahan-lahan dengan pesona badut yang menakutkan. Dalam erti kata lain, Arthur Fleck sememangnya telah mengalami gangguan jiwa sebelum dia menjadi Joker yang kita ketahui pada masa kini.

Joker akan berlatarbelakangkan bandar Gotham pada era 80an, dimana ia mengisahkan tentang seorang “stand-up comedy” yang gagal yang berubah menjadi penjenayah dan kekacauan di bandar Gotham, secara perlahan-lahan menjadi legenda yang sangat menakutkan.

Turut membintangi filem ini adalah Robert De Niro, Zazie Beetz dan juga Marc Maron. Joker akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 3 Oktober 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here