Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joaquin Phoenix Sebagai Napoleon Bonaparte Dalam Filem Biopik Kitbag Arahan Ridley Scott

Pemenang Anugerah Academy Joaquin Phoenix (Joker, Gladiator) bersedia untuk bawa watak Napoleon Bonaparte dalam filem biopik Kitbag arahan Ridley Scott (Gladiator, The Martian).

Kitbag digambarkan sebagai pandangan asli dan keperibadian sebenar Napoleon serta pendakiannya yang pantas dan kejam menjadi maharaja, dilihat melalui prisma ketagihan dan hubungannya dengan isteri tercinta, Josephine. Filem ini akan mengabadikan pertempuran Napoleon yang terkenal, cita-citanya, dan “pemikiran strategik yang luar biasa sebagai pemimpin tentera yang luar biasa dan berwawasan perang.”

David Scarpa (All the Money in the World) menjadi penulis lakonlayar untuk projek 20th Century Studios ini, manakala Scott turut menjadi penerbit bersama-sama Kevin Walsh. 

Ridley Scott baru sahaja menyelesaikan produksi filem drama The Last Duel lakonan Ben Affleck, Matt Damon, Adam Driver dan Jodie Comer. Dia akan memulakan produksi Gucci lakonan Lady Gaga, Robert De Niro, Al Pacino, Adam Driver, dan Jared Leto pada Macc ini di Itali.

Sumber: Deadline

Related posts

Luke Evans Sertai Tom Hanks Dalam Filem Disney+ “Pinocchio”

Kakimuvee

“Thor: Love and Thunder” Telah Mulakan Penggambaran Di Australia

Kakimuvee

Warner Bros. Tetapkan Tarikh Tayangan Filem Seram Arahan James Wan “Malignant”

Kakimuvee

John Boyega & Robert De Niro Bergandingan Dalam Filem Terbaru Netflix “The Formula”

Kakimuvee

Sony Umum Tarikh Tayangan “Escape Room 2”

Kakimuvee

Made-For-Theatre Movie ROALD DAHL’S THE WITCHES Premieres Exclusively on HBO GO in Malaysia From This Friday 29 January

Isqandar

Leave a Comment

Add your own review

Rating