Berita

"Joaquin Phoenix Layak Menerima Oscar!" Antara Reaksi Awal Pengkritik Selepas Menonton Filem Joker

Views

Reaksi awal filem Joker telah mula tersebar di media sosial! Joker telahpun ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Venice, dan para pengkritik mula memberikan reaksi awal dengan memuji filem arahan Todd Philips itu terutamanya prestasi lakonan Joaquin Phoenix.

Rata-rata pengkritik menggambarkan filem Joker sebagai 'masterpiece' dan memuji mutu lakonan Joaquin Phoenix dengan berkata pelakon tersebut layak untuk menerima anugerah Oscar.

Apapun, kita nantikan ulasan penuh dari mereka kerana, reaksi awal kadang-kala berbeza dengan apa yang diulas. Tetapi sebelum itu, mari kita lihat apa kata pengkritik yang telah menyaksikan filem Joker.

Joker akan berlatarbelakangkan bandar Gotham pada era 80an, dimana ia mengisahkan tentang seorang “stand-up comedy” yang gagal yang berubah menjadi penjenayah dan kekacauan di bandar Gotham, secara perlahan-lahan menjadi legenda yang sangat menakutkan.

Joaquin Phoenix akan memainkan peranan sebagai Arthur Fleck, seorang pelawak yang akhir akan bertukar kepada penjahat paling terkenal dalam dunia komik DC iaitu Joker. Turut membintangi filem ini adalah Robert De Niro, Zazie Beetz dan juga Marc Maron.

Joker akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 3 Oktober 2019.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks