Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joaquin Phoenix Ditawar $50 Juta Untuk Dua Sekuel Joker


Selepas ditayangkan pada Oktober tahun lalu, filem Joker arahan Todd Philips telah mencapai kejayaan yang tidak dijangka – dengan menjana lebih dari $1 billion dolar di seluruh dunia dan menerima banyak pencalonan anugerah dan kemenangan yang tidak terhitung jumlahnya, filem ini berpotensi untuk meneruskan kesinambungannya.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Warner Bros. telah memberi lampu hijau kepada Todd Phillips untuk menghasilkan sekuel Joker dengan pelakon utamnya Jaoquin Phoenix kembali meneruskan wataknya. Kini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa pihak studio bersedia untuk membayar gaji yang cukup besar kepada Phoenix sekiranya dia kembali meneruskan watak Arthur Fleck / Joker.

Menurut laporan akhbar tabloid British The Mirror, Joaquin Phoenix telah ditawarkan bayaran sebanyak $50 juta dolar oleh Warner Bros. untuk kembali meneruskan wataknya dalam dua filem sekuel akan datang. 

Laporan itu menyebut, “mereka merancang untuk membuat dua sekuel dalam empat tahun akan datang, dengan komitmen jangka panjang kepada Joaquin dan pengarah Todd Phillips serta penerbit Bradley Cooper. Kini terpulang kepada Joaquin untuk menerima syarat-syarat yang ditetapkan – dan gaji terbesar dalam kariernya setakat ini.”

Phoenix bukanlah pelakon yang sangat pentingkan bayaran, tetapi dengan jumlah sebanyak $50 juta, sudah tentu sukar untuk dia menolak, dan bekerja dibawah pengarah hebat seperti Todd Phillips, pastinya dia tidak mahu melepaskan peluang untuk menangi satu lagu Anugerah Academy.


Dalam filem yang lalu, Joaquin Phoenix memainkan peranan sebagai Arthur Fleck, seorang pelawak yang disisihkan dan tertekan dengan masyarakat disekeliling yang akhirnya menyebabkan dia bertukar menjadi penjahat paling terkenal dalam dunia komik DC iaitu Joker. Turut membintangi filem Joker adalah Robert De Niro, Zazie Beetz, Marc Maron dan beberapa pelakon lain.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee