Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joaquin Phoenix Bintangi Filem “Disappointment Blvd” Arahan Ari Aster

Pemenang anugerah Oscar Joaquin Phoenix (Joker, Gladiator, The Master) disahkan menyertai filem terbaru Ar Aster (Hereditary, Midsommar) dan studio A24 berjudul “Disappointment Blvd.”, lapor Deadline

Butiran lanjut mengenai filem akan datang masih belum didedahkan, tetapi menurut sumber, plot filem “akan berkisar tentang salah seorang usahawa paling berjaya sepanjang zaman”. Aster turut bertindak sebagai penulis lakonlayar. 

Studio A24 akan membiayai pembikinan filem ini dengan Aster dan Lars Knudsen menjadi penerbit.

Tarikh penggambaran masih belum didedahkan, tetapi berkemungkinan Phoenix akan menjalani penggambaran filem ini terlebih dahulu sebelum terlibat dalam produksi filem “Kitbag” arahan Ridley Scott.

Dalam filem “Kitbag”, Phoenix akan memainkan peranan maharaja Perancis abad ke-19 Napoleon Bonarpart.

Filem tersebut ditulis oleh David Scarpa dan diterbitkan Ridley Scott bersama Kevin Walsh. Apple Studios menjadi pembiaya serta penerbit. 

Related posts

The Suicide Squad: James Gunn Goda Beberapa Babak ‘Post-Credit’

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee