Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Jo Yoon Hee, Yoon Park Akan Bintangi Drama “Love is Beautiful, Life is Wonderful”

Pelakon Jo Yoon Hee dan Yoon Park dilaporkan bakal membintangi drama KBS 2TV terbaru berjudul “Love is Beautiful, Life is Wonderful”. Drama terbaru itu akan mengisahkan percintaan antara wanita yang gigih belajar dan seorang lelaki yang tidak percayakan alam perkahwinan.

Jo Yoon Hee akan memainkan peranan sebagai Kim Seol Ah, seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan bekas pembaca berita. Walaupun kehidupan Kim Seol Ah begitu glamor, dia sebenarnya risau dalam banyak pekara dan ingin mencari erti sebenar kebahagian.

Manakala Yoon Park akan membawa watak Moon Tae Rang, seorang chef muda dan anak angkat paling tua dalam keluarganya. Ketika Moon Tae Rang sering menghadapi kesulitan dalam hidupnya, dia akan menggambarkan hubungan kasih sayang diantara keluarga dan perasaan cinta yang ikhlas.

Turut memainkan peranan utama dalam drama ini ialah Oh Min Seok yang akan membawa watak Do Jin Woo, seorang CEO syarikat besar dan juga suami kepada Kim Seol Ah serta Jo Woo Ri yang akan memainkan peranan sebagai Moon Tae Rang, adik kepada Moon Tae Rang yang juga setiausaha kepada Do Jin Wo.

Drama ini turut dibintangi Kim Mi Sook, Jung Won Joong, Na Young Hee, Seol In Ah, Eunbin, Kim Jae Young, dan Ryu Ui Hyun.

“Love is Beautiful, Life is Wonderful” dijangka akan bersiaran pada September ini.

Related posts

GET TO KNOW THE UP-AND-COMING YOUNG ACTORS OF LAW SCHOOL

Zulaikha

“Revolutionary Sisters” & “Bossam: Steal the Fate” Capai Penilaian Tertinggi Setakat Ini

Zulaikha

5 REASONS WHY NEW DRAMA SERIES MINE WILL COMPLETELY DAZZLE YOU

Zulaikha

Bintang “Vincenzo” Kuasai Top 4 Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

Review Filem: Night in Paradise (2020)

Kakimuvee

“Imitation” Bermula Suram, “Taxi Driver” Kekal No. 1

Zulaikha