Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Jo Yeo Jeong Berjanji Untuk Cintai Go Joon Sehingga Mati Dalam Teaser “Cheat On Me If You Can”

Cheat On Me If You Can

KBS telah melancarkan teaser terbaru drama Cheat On Me If You Can!

Cheat on Me If You Can merupakan drama komedi misteri thriller mengenai orang dewasa yang mempunyai pelbagai jenis tingkah laku buruk.

Jo Yeo Jeong berperanan sebagai Kang Yeo Joo, seorang novelis misteri pembunuhan yang menghabiskan sepanjang hari memikirkan pelbagai cara untuk membunuh orang. Go Joon berperanan sebagai suaminya, iaitu Han Woo Sung, seorang peguam penceraian yang menandatangani kontrak dengan isterinya yang mengatakan “sekirannya kau menipu, kau akan mati”.

Dalam teaser dibawah, Go Joon tampak sebagai suami yang sempurna, mengucapkan selamat ulang tahun kepada isterinya dengan ciuman manis dan selalu pulang tepat selepas bekerja. Tetapi dengan suara lantang, seseorang berkata, “Anda tidak boleh terlalu mempercayai seseorang.” Dalam adegan berikutnya, Go Joon nampaknya berselingkuh dengan seorang wanita yang berkata, “Anda membawa ‘kit curang’ kemana-mana?”

Di kedai serbaneka, Jo Yeo Jeong memerhatikan Kim Young Dae, yang berperanan sebagai pekerja sambilan yang tampan bernama Cha Soo Ho. Dia berkata, “Sebagai hadiah untuk seorang wanita, dua perkara ini sudah cukup: membunuh atau cuba membunuh. Itu semua sama pada saya”. Dengan kelihatan gugup, Go Joon berkata, “Siapa yang akan membunuh seseorang hanya kerana mereka curang?” dan dia berkata dengan tenang, “Saya”. Teaser itu berakhir dengan senyumannya dan berkata, “Sayang, aku cintai kamu. Cukup untuk membunuh kau. “

Cheat on Me If You Can akan memulakan episod pertamanya pada 2 Disember ini.

Related posts

“Law School” Cipta Rekod Peribadi, Rating “Mouse” Meningkat

Zulaikha

“Mad For Each Other” Goda Ledakan Gila Dalam Siri Rom-Com Terbaru Netflix

Zulaikha

EVERYTHING WE RINDU FROM VINCENZO

Zulaikha

Temukan Makna Keluarga yang Sejati Dalam Filem “Ali & Ratu Ratu Queens”, Akan Datang Ke Netflix

Kakimuvee

Kim Nam Gil Ditawarkan Watak Utama Dalam Drama Thriller Terbaru “Those Who Read Hearts of Evil”

Zulaikha

Episod Terakhir “Vincenzo” Capai Penilaian Ke-6 Tertinggi Dalam Sejarah tvN

Zulaikha