Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Jirisan Catat Peningkatan Jumlah Penonton Pada Episod Kedua


Selepas mencipta sejarah tvN pada Sabtu yang lalu, rating drama terbaru Jirisan telah berjaya mencapai dua digit untuk episod keduanya. 

Menurut Nielsen Korea, drama lakonan Jun Ji Hyun dan Joo Ji Hoon itu telah merekodkan purata rating 10.7 peratus, peningkatan jumlah penonton berbanding episod pertama. Pada Sabtu yang lalu, Jirisan telah membuka episod pertamanya dengan memperoleh rating 9.1 peratus, penilaian tertinggi dalam sejarah tayangan perdana mana-mana drama hari minggu tvN.

Jirisan mengikuti kisah dua renjer taman negara – seorang veteran berpengalaman (dimainkan oleh Gianna Jun) dan seorang anggota baru (dimainkan oleh Ju Ji-hoon) – ketika mereka mengungkap rahsia yang tersembunyi jauh di pergunungan tempat mereka bekerja. Drama terbaru ini boleh di strim di iQiyi. 

Sementara itu, drama KBS 2TV Young Lady and Gentleman berjaya melepasi angka 30 peratus untuk mencapai rating tertinggi setakat ini. Episod terbaru drama popular itu telah merekodkan purata rating 30.4 peratus, sekaligus mencipta rekod peribadi drama tersebut. 

Dua drama telah mengakhiri rancangan mereka pada hujung minggu yang lalu. Drama pengintipan MBC, The Veil berakhir dengan rating kukuh iaitu 8.8 peratus, manakala episod finale drama JTBC Lost merekodkan rating 2.4 peratus. 


Sumber: Soompi


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee