Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Jin Sun Kyu, Oh Na Ra, Jang Dong Joo Bintangi Filem Bertemakan Tinju Berjudul “Count”

Jin Sun Kyu, Oh Na Ra, Sung Yoo Bin dan Jang Dong Joo dilaporkan membintangi filem terbaru berjudul Count (literal title).

Count akan berkisarkan tentang bekas pemenang pingat emas yang menjadi guru gym, Si Heon (lakonan Jin Sun Kyu) dan anak muridnya Yoon Woo (lakonan Sung Yoo Bin) yang berjuang untuk menentang ketidakadilan.


Si Heon merupakan bekas petinju nombor satu negara yang sering mengecewakan orang sekelilingnya disebabkan perangainya keras kepala, dan pentingkan diri sendiri. Manakala Yoon Woo seorang murid yang berbakat tetapi dikecewakan dengan dunia yang tidak adil. Si Heon akan menjadi pengajar yang kejam dan keras untuk mengubah Yoon Woo dari menjadi murid yang suka memberontak menjadi seorang petinju terhebat negara.

Jang Dong Woo akan memainkan peranan sebagai Hwan Joo, individu yang ingin berlatih tinju supaya tidak menjadi samseng jalanan. Manakala Oh Na Ra akan memainkan peranan sebagai isteri Si Neon yang suka mengambil berat terhadap suaminya, Go Chang Suk sebagai guru besar di tempat Si Heon mengajar dan Go Kyu Pil sebagai rakan kepada Si Heon.

Count terbitan Film K (yang menerbitkan filem On Your Wedding Day dan E.X.I.T) dijangka memulakan penggambarannya awal 2020.

Sumber: Soompi

Related posts

Saksikan Rompakan Yang Tidak Pernah Anda Lihat Dalam Teaser Terbaru “Money Heist: Korea – Joint Economic Area”

Zulaikha

Drama Romantik Supernatural “Kiss Sixth Sense” Akan Tiba Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar 25 Mei Ini

Zulaikha

Trailer “KKN di Desa Penari” Goda Kisah Urban Legend Di Indonesia

Kakimuvee

SBS Sahkah Tarikh Tayangan K-Drama Terbaru “Today’s Webtoon”

Zulaikha

6 Sebab Kenapa The Sound of Magic Akan Memukau Anda

Zulaikha

7 K-Drama Fantasi Netflix Yang Akan Membuatkan Anda Terpesona.

Zulaikha

Leave a Comment