Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Jin Sun Kyu & Lee Hee Joon Akan Buat Penampilan Istimewa Dalam “Vincenzo”

Jin Sun Kyu dan Lee Hee Joon akan menyokong drama terbaru Song Joong Ki.

Menurut laporan Soompi, pelakon Jin Sun Kyu dan Lee Hee Joon akan membuat penampilan istimewa dalam episod premier Vincenzo yang diterajui Song Joong Ki.

Bagaimanapun, sumber tidak mendedahkan peranan mereka dalam drama akan datang dan meminta penonton menyaksikan episod pertama nanti untuk mengentahui peranan kedua-dua pelakon itu. 

Song Joon Ki baru-baru ini telah bergandingan dengan Jin Sun Kyu dalam filem Space Sweepers, dan berlakon bersama Lee Hee Joon dalam filem akan datang berjudul Bogota.

Advertising

Vincenzo menceritakan kisah bekas peguam mafia yang kembali ke Korea kerana konflik dalam organisasinya. Setelah tiba di negara asalnya, peguam itu mendapati ada penjahat yang kejam, yang melanggar undang-undang dan melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan. 

Dia berusaha untuk mencabar penjahat ini dengan caranya sendiri, cara anti-hero. Song Joong Ki kembali ke layar kecil untuk pertama kalinya sebagai anti-hero utama, Vincenzo.

Di samping Song Joong Ki, aktres Jeon Yeo Bin mengambil peranan sebagai peguam wanita yang keras kepala dan cekal bernama Hong Cha Young.

Drama ini diarahkan oleh Kim Hee Won, yang pernah berkerja dalam The Crowned Clown dan Money Flower, dan ditulis oleh Park Jae Bum, yang pernah menulis The Fiery Priest, Good Manager, Good Doctor dan God’s Quiz.

Vincenzo turut dibarisi pelakon hebat seperti Taecyeon, Yoo Jae Myung, Kim Yeo Jin, Kwak Dong Yeon, dan Jo Han Chul.

Drama terbaru ini akan ditayangkan di platform streaming Netflix pada 20 Februari ini.

Advertising

Related posts

“The Penthouse 2” Rampas Kedudukan Pertama Dalam Senarai Mingguan Drama Paling Popular

Zulaikha

Netflix Lancar Trailer Pertama “Love Alarm” Musim Kedua

Zulaikha

Tayangan “Dear.M” Ditunda Susulan Kontroversi Melibatkan Park Hye Soo

Zulaikha

Love Alarm Season 2 Character Posters Released

Zulaikha

Lee Je Hoon Bersedia Untuk Balas Dendam Dalam Poster Drama Terbaru “Taxi Driver”

Kakimuvee

Rating “River Where The Moon Rises” Terus Kukuh

Zulaikha

Leave a Comment