
Ji Jin Hee mungkin kembali ke skrin kecil.
Pada 21 Disember, laman DongA.com (via Soompi) melaporkan bahawa Ji Jin Hee sedang dalam rundingan untuk bintangi drama adapatasi novel Jepun berjudul The Tragedy of One (Ichi No Nigeki dalam bahasa Jepun).
Aktor tersebut ditawarkan peranan utama, dan agensinya mengesahkah bahawa “dia telah menerima tawaran berlakon, dan secara positif menilitinya.”
“The Tragedy of One” adalah novel misteri mengenai tragedi yang berlaku antara dua keluarga apabila watak utama, yang merupakan detektif akhirnya menjadi pihak ketiga yang memberikan alibi kepada suspek utama polis. Tajuk kerja untuk adaptasi drama Korea adalah “Birth of a Tragedy.”
tvN dilaporkan menjadi calon yang kuat untuk hak penyiaran drama. Ji Jin Hee sebelum ini membintangi remake rancangan Amerika Designated Survivor untuk tvN. Awal tahun ini, pelakon itu juga disahkan akan membintangi remake drama BBC Undercover untuk JTBC, yang akan ditayangkan pada tahun 2021.