Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Ji Chang Wook & Won Jin Ah Dibekukan Dalam Poster Terbaru “Melting Me Softly”


tvN telah melancarkan poster terbaru drama akan datang, Melting Me Softly yang memaparkan Ma Dong Chan dan Go Mi Ran berada dalam keadaan beku, sambil disaksikan karakter-karakter lain dengan pelbagai reaksi. Anda boleh saksikan poster tersebut diatas.

Poster terbaru itu menampilkan karakter-karakter seperti Ma Dong Chan (Ji Chang Wook), Go Mi Ran (Won Jin Ah), Na Ha Young (Yoon Se Ah), Hwang Byung Shim (Shim Hyung Tak), Kim Won Jo (Yoon Seok Hwa), Kim Hong Seok (Jung Hae Kyun), Son Hyun Ki (Im Won Hee), Ma Pil Goo / Ma Dong Shik (Kim Won Hae), dan Ma Dong Joo (Jeon Soo Kyung).

Drama ini mengisahkan mengenai seorang lelaki dan wanita yang mengambil bahagian dalam projek pembekuan selama 24 jam tetapi tersedar 20 tahun kemudian. Sebaik sahaja mereka bangun, kedua-dua mereka mengalami kesan sampingan yang berbahaya di mana mereka mesti mengekalkan suhu badan 33 darjah Celsius (kira-kira 91.4 darjah Fahrenheit) untuk bertahan.

Watak Won Jin Ah sebagai pekerja sambilan di sebuah stesen penyiaran yang menerima tawaran untuk menyertai “Projek Manusia Beku” di mana dia akan diberikan 5 juta won (kira-kira RM 17k) sebagai pertukaran untuk dibekukan selama 24 Jam.

Melting Me Softly akan ditayangkan di tvN mulai 28 September ini.



Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee