Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Ji Chang Wook Bakal Bintangi Siri Terbaru Netflix, “Annarasumanara”


Aktor Ji Chang Wook dilaporkan sedang dalam rundingan untuk bintangi siri terbaru Netflix berjudul Annarasumanara. 

Agensi pelakon itu, Glorious Entertainment mengesahkan laporan dengan mengatakan “siri original Netflix, Annarasumanara adalah salah satu projek yang diterima Ji Chang Wook”

Annarasumanara merupakan siri yang diadaptasikan dari webtoon popular karya Ha II Kwon, yang mengisahkan tentang seorang gadis yang ingin menjadi ahli silap mata dan pertemuannya dengan seorang ahli silap mata misteri di sebuah taman hiburan.

Ji Chang Wook akan memainkan peranan utama sebagai Lee Eul, seorang ahli silap mata yang tinggal di taman hiburan yang terbengkalai. Setiap orang yang dia temui akan ditanya dengan soalan misteri, “Adakah anda percaya pada sihir?”

Siri ini akan arahkan oleh Kim Sung Yoon, individu yang mengarahkan drama hit seperti Love in the Moonlight, Itaewon Class dan banyak lagi. 

Ji Chang Wook bakal muncul dalam drama terbaru Lovestruck in the City bersama-sama Kim Ji Won. 


Sumber: Allkpop


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee