Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jessica Gao Ditugaskan Untuk Menulis Rancangan Bersiri She-Hulk

Penulis siri animasi Rick and Morty, Jessica Gao telah dipilih untuk membangunkan dan mengetuai barisan penulis untuk rancangan bersiri Marvel Disney+, She-Hulk. Berita tersebut didedahkan menerusi laman The Hollywood Reporter.

Gao sebelum ini pernah terlibat dengan barisan penulis untuk rancangan HBO, Silicon Valley, Robot Chicken dan The Mighty B! untuk Nickelodeon. Dia juga terlibat dalam projek adaptasi novel Sweet Valley High dimana dia akan bertindak selaku penulis skrip.

She-Hulk mebuat debut menerusi komik Marvel “Savage She-Hulk #1 pada tahun 1980, dan dicipta oleh Stan Lee sebagai penulis serta pelukis artis, John Buscema. Alter egonya adalah Jennifer Walters, sepupu kepada Bruce Banner / Hulk, yang menjalani pemindahan darah dari Bruce selepas cedera ditembak, dan akhirnya menyebabkan dia memiliki abiliti seperti sepupunya itu.

Dia kemudiannya menjadi ahli kumpulan Avengers dan menggantikan tempat Ben Grimm dalam The Fantastic Four.

She-Hulk merupakan antara siri terbaru Marvel yang diumumkan semasa EXPO D-23 bersama-sama rancangan Moon Knight dan Ms. Marvel.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment