Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jessica Chastain Sedang Dalam Perbincangan Untuk Bawa Watak Dewasa Beverly Dalam Sekuel IT

Setelah lama dikaitkan dengan watak dewasa Beverly dalam filem sekuel IT, Jessica Chastain kini dilaporkan sedang dalam perbincangan dengan pihak studio untuk membawakan watak popular itu.

Menurut laman web Varietyaktres tersebut mula dikaitkan dengan watak itu selepas pengarah Andy Muschietti menyebut namanya sebagai calon pilihan untuk bawakan watak Beverly versi dewasa semasa ditemuramah oleh wartawan. Chastain dan Muchietti pernah berkolaborasi bersama dalam filem Mama yang diterbitkan pada 2013.

Watak Beverly sebelum ini dilakonkan oleh pelakon remaja, Sophia Lilis dan lakonannya telah menjadi buah mulut dikalangan peminat filem-filem IT.

Filem lakonan Jessica Chastain, Molly’s Game kini sedang ditayangkan dipawagam dan bakal muncul dalam filem superhero X-Men: Dark Phoenix tidak lama lagi. Penggambaran sekual filem IT dijangka akan dimulakan pada musim panas ini iaitu diantara bulan Jun hingga September dan akan ditayangkan pada 6 September 2019

Related posts

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Pelakon “Moon Knight” Gaspard Ulliel Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Ski

Kakimuvee

Leave a Comment