Jessica Chastain, Jake Gyllenhaal Bintangi Filem Netflix Berjudul The Division

110
views

Bintang filem Spider-Man: Far From Home, Jake Gyllenhaal dan X-Men: Dark Phoenix, Jessica Chastain dilaporkan akan membintangi filem terbitan Ubisoft berjudul The Division.

Filem tersebut diadaptasikan dari permainan video aksi terkenal, iaitu Tom Clancy’s The Division. Rafe Judkins akan menulis skrip berdasarkan permainan video tersebut manakala bekas pengarah Deadpool 2, David Leitch akan bertindak selaku pengarah dan penerbit.

Filem ini akan berlatarbelakangkan zaman hadapan dimana jutaan manusia telah mati disebabkan penyebaran virus melalui duit kertas semasa hari Black Friday. Menjelang hari Krismas, keadaan telah menjadi huru-hara. Sekumpulan orang awam, yang telah dilatih untuk menghadapi bencana besar seperti ini telah diaktifkan untuk menyelamatkan saki baki penduduk.

The Division merupakan permainan video aksi atas talian dengan prespektif ‘third person shooter’. Permainan ini mencipta rekod jualan terpantas dalam sejarah permainan video dan kini memiliki lebih 20 juta pemain. Siri kedua permainan ini telah dilancarkan pada Mac yang lalu dan telah menerima maklumbalas yang cukup positif.

The Division akan bersiaran di laman streaming Netflix dan buat masa ini tarikh siaran masih lagi tidak diketahui

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here