Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jessica Chastain Berminat Bawa Watak Bev Dalam Sekuel It

Nama Jessica Chastain yang disebut-sebut sebagai pelakon dewasa watak Bev dalam sekuel IT dilaporkan berminat untuk membawakan watak tersebut jika diberi peluang. Bintang filem Interstellar dan The Martian ini menyatakan minat beliau selepas ditemuramah oleh wartawan Screenrant.com mengenai filem Molly’s Game.

“Well, I love Andy [Muschietti} and Barbara [Muschietti]. I worked with them on Andy’s directorial debut, you know, his film, Mama. His first film. And you know, Barbara is one of my best friends so…we’ll see”

“Listen, of course, I want to work… they’re my friends. They’re like my family. Anything that they’re doing I want to be a part of, so I hope we can make it happen.”

Sekuel IT akan ditayangkan pada 6 September 2019 dan menyaksikan Andy Muschietti kembali mengarahkan filem seram tersebut disamping Gary Dauberman yang akan menjadi penulis filem berkenaan. Buat masa ini, tiada pelakon-pelakon dewasa telah dipilih untuk membawakan watak-watak kanak-kanak dalam filem pertama.

Jika Jessica Chastain terpilih, beliau akan membawakan watak yang dibawa Sophia Lillis dalam filem pertama iaitu Bev.

Kepada mereka yang menantikan sekuel IT, apa pandangan anda mengenai Jessica Chastain sebagai Bev dalam filem akan datang?

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment