Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jessica Chastain Bawakan Watak Skrull Dalam Filem X-Men: Dark Phoenix?

Sebelum ini, khabar angin kuat mengatakan Jessica Chastain bakal membawakan watak seorang ketua kepada Empayar Shi’ar iaitu Lilandra dalam filem X-Men: Dark Phoenix akan datang. Ini berdasarkan Lilandra dan Phoenix selalu berkaitan dalam komik-komik X-Men.

Namun baru-baru ini Bintang filem Interstellar dan The Martian itu telah menafikan khabar angin tersebut dan menolak teori beliau akan membawakan watak Lilandra. Penafian pelakon tersebut telah menyebabkan peminat berspekulasi mengenai watak yang bakal dibawakannya dalam filem X-Men itu nanti.


Bagaimanapun, maklumat terbaru yang kami terima dari laman web Entertainment Weekly, Jessica dilaporkan akan membawa watak makhluk asing yang boleh berubah bentuk dalam filem X-Men: Dark Phoenix. Ini berdasarkan salah satu petikan dalam artikel tersebut;

“But what we can tell you is the Molly’s Game star plays an otherworldly shapeshifter who influences Jean Grey/Phoenix for her own agenda.” – Entertainment Weekly

Memandangkan terdapat beberapa makhluk asing yang mempunyai abilti “shape-shifting” seperti Chitauri dan Skrull, kemungkinan besar Jessica merupakan salah seorang bangsa Skrull dalam filem tersebut yang cuba mempergunakan Phoenix untuk mencapai matlamatnya. Ini berdasarkan perkongsian hakcipta karakter Skrull diantara Marvel Studio dan Fox. Karakter Chitauri dimiliki sepenuhnya oleh Marvel Studio.

Walaupun karakter sebenar Jessica Chastain dalam filem X-Men: Dark Phoenix masih lagi menjadi misteri, petikan dari laman web EW memberikan sedikit gambaran siapakah villain yang bakal ditentang oleh X-Men dalam filem tersebut.

X-Men: Dark Phoenix akan menemui penonton pada 2 November 2018.

Related posts

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa “Love, Death + Robots”

Kakimuvee

Sony Rancang Filem “Karate Kid” Baharu

Kakimuvee

Durasi Tayangan “John Wick 4” Mungkin Paling Panjang Dalam Francais

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Leave a Comment