Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jeremy Renner Mungkin Kembali Sebagai Hawkeye Dalam Filem Black Widow

Nampaknya ‘reference Budapest’ diantara Natasha Romanoff a.k.a Black Widow dan Clint Barton a.k.a Hawkeye dalam filem Avengers akan terjawab apabila dikhabarkan Jeremy Renner akan kembali membawakan wataknya sebagai Hawkeye dalam filem solo Black Widow.

Menurut laporan dari We Got This Covered, Renner akan kembali dalam kapasiti kecil sahaja dalam filem tersebut, dan tidak begitu pasti bagaimana watak tersebut akan memainkan peranannya dalam filem solo karakter Marvel itu.

Untuk info, Black Widow kini menjalani penggambaran di Budapest, Hungary dan peminat boleh menjangkakan, akan berlaku insiden diantara Natasha dan Barton dalam babak di Budapest sebelum mereka menjadi sahabat baik dalam organisasi S.H.I.E.L.D. dan Avengers.

Jika jangkaan ini tepat, ini bermakna filem Black Widow akan menjadi filem prekuel a.k.a origin untuk karakter Black Widow atau mungkin lebih tepat sekali filem terakhir karakter tersebut sebelum wataknya dimatikan dalam filem Avengers: Endgame. 

Sementara itu, pandangan pertama villain Taskmaster yang kami dedahkan dalam artikel sebelum ini telah menimbulkan spekulasi mengenai siapakah pelakon yang akan membawakan watak tersebut. Menurut sumber dari laman yang sama, berkemungkinan watak tersebut dibawakan pelakon David Harbour.

Black Widow diarahkan oleh Cate Shortland dan dibintangi Scarlett Johansson, Florence Pugh, David Harbour serta Rachel Weisz.

Filem ini sedang menjalani penggambaran dan dijangka akan menemui penonton pada tahun hadapan.

Related posts

Penggambaran Aquaman and the Lost Kingdom Tertangguh Selepas Jason Momoa Disahkan Positif COVID-19

Kakimuvee

Eternals Pada Masa Ini Menjadi Filem MCU Yang Mendapat Rating Paling Rendah Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Leave a Comment