Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Jeremy Irons Sertai Siri Televisyen Watchmen, Bakal Bawa Watak Utama


Laman web Deadline melaporkan, bintangi filem Justice League, Jeremy Iron telah disahkan akan membintangi siri televisyen Watchmen yang diterbitkan oleh HBO sebagai pelakon utama. Pengumumkan itu dibuat tidak lama selepas Regina King, Don Johnson dan beberapa pelakon lain menyertai siri televisyen tersebut.

Setakat ini karakter yang bakal dibawa oleh aktor tersebut masih lagi tidak diketahui. Tetapi khabar angin mengatakan, Jeremy akan membawakan watak seorang lelaki British yang berumur dan watak tersebut adalah dari karakter asal minisiri komik Watchmen yang diterbitkan pada tahun 1986.

Komik terbitan DC ini pernah diadaptasikan dalam bentuk filem dan diarahkan oleh pengarah filem Man of Steel iaitu Zack Snyder. Filem tersebut telah mendapat respon positif dari para pengkritik dan peminat serta berjaya meraih $185 juta seluruh dunia.

Damon Lindelof merupakan pencipta, penulis skrip, dan penerbit eksekutif untuk siri televisyen ini, manakala Nicole Kassell turut menjadi penerbit eksekutif dan juga pengarah untuk pilot episod Watchmen


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee