Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Jepun Remake Filem Kanada “Cube”

Shochiku, pengeluar dan pengedar filem terbesar Jepun, mengumumkan penghasilan semula Cubesebuah filem fantasi-thriller arahan Vincenzo Natali mengenai enam orang yang mendapati diri mereka terperangkap dalam kiub sesat dan harus mencari jalan keluar, sambil mengelak perangkap maut.

Filem yang diterbitkan produksi Kanada pada tahun 1997 itu telah ditayangkan di Toronto, dan menjadi sangat popular di Jepun apabila ia ditayangkan di negara matahari terbit itu pada September 1998. 

Pengarah Vice, Shimuzu Yasuhiko akan mengetuai projek ini, dan barisan pelakon terdiri daripada Suda Masaki, Okada Masaki, Tashiro Hikaru, Saito Takumi, Yoshida Kotaro dan Anne Watanabe.

Skrip ditulis oleh Takuo Koji, manakala pengarah asal, Natali bertindak sebagai penasihat kreatif. Penggambaran telah dilakukan pada Oktober dan November tahun lalu.

Cube akan ditayangkan pada 22 Oktober 2021 di Jepun dengan Shochiku sebagai pengedar. 

Sumber: Variety

Related posts

“Law School” Cipta Rekod Peribadi, Rating “Mouse” Meningkat

Zulaikha

Trailer Pertama Musim Ke-4 “Stranger Things” Papar Kisah ‘Origin’ Eleven

Kakimuvee

Trailer Baru “Pretty Guardian Sailor Moon Eternal The Movie” Menjelang Tayangannya Di Netflix Jun Ini

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

“Mad For Each Other” Goda Ledakan Gila Dalam Siri Rom-Com Terbaru Netflix

Zulaikha

EVERYTHING WE RINDU FROM VINCENZO

Zulaikha