Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Jeon Hye Bin Berpuas Hati Muncul Dalam OH MY BABY Walaupun Sekadar ‘Cameo’

Walaupun sekadar muncul sebagai ‘cameo’ dalam drama terbaru tvN, Oh My Baby, pelakon drama Liver or Die, Jeon Hye Bin tetap berpuas hati.

Jeon Hye Bin, 37, berkata penampilan khasnya dalam drama itu untuk watak Kang Hyo Joo dirasakan sangat bermakna dan memiliki impak tersendiri.

“Kemunculan saya dalam drama Oh My Baby hanya sekadar memberi salam istimewa buat penonton. Selain, saya juga adalah salah seorang daripada sebilangan besar peminat drama komedi romantik ini.

“Selain itu, ia juga sebagai tanda penghargaan dan rasa hormat saya pada hubungan baik dengan Nam Ki Hoon yang juga pengarah drama hebat ini,” katanya.

Dia juga turut berterima kasih dengan kerjasama baik diberikan barisan tenaga kerja produksi termasuk dua pelakon utama drama Oh My  Baby iaitu Go Joon dan Jang Na Ra.

“Saya dapat bersantai dengan selesa ketika menjalani penggambaran drama ini. Terima kasih kepada pengarah dan rakan pelakon lain yang sudah lama saya tidak berjumpa,” katanya.

Menurut laporan Soompi, karakter Kang Hyo Joo muncul sebagai teman lama Han Yi Sang (lakonan Go Joon) datang menemuinya atas hubungan persahabatan lalu mereka. Bagaimanapun, babak tindakan Kang Hyo Joo yang menarik  tangan Han Yi Sang seakan cuba menggodanya berjaya membuatkan Jang Ha Ri (lakonan Jang Na Ra) berasa cemburu.

Drama Oh My Baby sebanyak 16 episod mengisahkan seorang wanita berusia 39 yang masih bujang menyimpan impian untuk bergelar ibu dan memiliki anak tanpa ikatan perkahwinan.

Related posts

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

So Ju Yeon, Jung Yi Seo, & Jo In Bintangi Drama Istimewa KBS

Zulaikha

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa “Squid Game” Akan Menjadi Siri Netflix Kegemaran Anda

Zulaikha

iQiyi Spices Up Its K-Drama Offerings With Two New Shows Filled With Mystery And Suspense

Zulaikha

Leave a Comment