Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Jensen Ackles Berminat Untuk Teruskan Peranan Dalam Siri “Spin-Off” Supernatural

Jensen Ackles Supernatural

Selepas 14 tahun ke udara, siri televisyen terpanjang di CW iaitu Supernatural secara rasminya akan ditamatkan pada musim ke-15 akan datang. Ketika bercakap di sesi panelis TCA baru-baru ini, pelakon utamanya Jensen Ackles mendedahkan dia masih berminat untuk meneruskan peranannya sebagai Dean Winchester di masa hadapan.

“Perjalanan panjang yang saya tidak fikir akan berakhir,” “Saya rasa kami akan pergi untuk seketika. Selama berapa lama?, saya tidak tahu.” – ujar Jensen ketika di sesi tersebut.

“Saya tidak pernah bersedia untuk menutup pintu, saya rasa itu bodoh. Adakah saya mengatakan ada pekara lain yang sedang dirancang? Tidak. Saya katakan saya terbuka untuk perbualan di masa depan? Kenapa tidak.”

Supernatural pertama kali ke udara pada September 2005 dan ianya menjadi siri televisyen sains fiksyen paling lama disiarkan dalam sejarah rancangan TV. Siri ini mengisahkan tentang dua beradik pemburu hantu iaitu Sam dan Deadn Winchester yang mengembara serata negeri untuk mencari ayah mereka dan masa yang sama perlu menentang makhluk-makhluk ghaib yang jahat, syaitan, zombi dan “undead”

Musim ke-15 akan bersiaran sebanyak 20 episod dan mula disiarkan pada 20 Oktober ini.

Related posts

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

[VIDEO] Prolog ‘Jurassic World Dominion’ Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Kakimuvee

Leave a Comment