BeritaSiri TV

Jensen Ackles Akan Menjadi Superhero Dalam Musim Ketiga The Boys

Views

Menuju ke tayangan perdana The Boys musim kedua pada 4 September ini, bintang Supernatural Jensen Ackles mengumumkan secara rasmi bahawa dia akan membawa peranan superhero dalam musim ketiga siri hit Amazon Prime itu. 

Musim ketiga itu juga akan menggabungkan semula Ackles dengan showrunner Eric Kripke selepas mereka bekerjasama dalam siri CW Supernatural. 

Aktor berusia 42 tahun itu akan memainkan peranan sebagai Soldier Boy, yang digambarkan sebagai superhero asal siri The Boys. Selepas Soldier Boy berjuang dalam Perang Dunia Kedua, dia menjadi selebriti 'super' pertama dan idola dalam budaya masyarakat Amerika berdekad lamanya. 

"When I was a child, I had a crazy, impossible dream — to provide Jensen Ackles with gainful employment,” - Eric Kipke

“I’m happy to say that dream has come true. Jensen is an amazing actor, an even better person, smells like warm chocolate chip cookies, and I consider him a brother. As Soldier Boy, the very first superhero, he’ll bring so much humor, pathos, and danger to the role. I can’t wait to be on set with him again, and bring a bit of ‘Supernatural’ to ‘The Boys.’”

Pada Musim 2, The Boys sedang lari dari undang-undang, diburu oleh Supes, dan berusaha keras untuk berkumpul kembali dan menentang Vought. Ketika bersembunyi, Hughie (Jack قائد), Mother’s Milk (Laz Alonso), Frenchie (Tomer Capon), dan Kimiko (Karen Fukuhara) cuba menyesuaikan diri dengan keadaan normal yang baru, dengan Butcher (Karl Urban) tidak dapat dijumpai.

Adaptasi dari komik berjudul sama ciptaan Garth Ennis dan Darick Robertson, siri televisyen The Boys menjanjikan rancangan yang ganas, suram dan menakutkan dalam membongkar sisi jahat adiwira.

The Boys dibintangi Karl Urban sebagai Billy Butcher, Jack Quaid sebagai Hughie, Laz Alonso sebagai Mother’s Milk, Tomer Kapon sebagai Frenchie, Jennifer Esposito sebagai Ejen CIA Susan L. Rayner, dan Karen Fukuhara sebagai the Female. Elisabeth Shue turut membintangi siri ini bersama-sama Erin Moriarty, Antony Starr, Dominique McElligott, Jessie T. Usher, Chace Crawford, dan Nathan Mitchell.

Musim pertama boleh distrim di platform Amazon Prime Video.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks