Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jennifer Lopez Bintangi Filem Sci-Fi Thriller Netflix Bertajuk “Atlas”


Menurut Deadline, calon Golden Globe Jennifer Lopez secara rasmi menandatangani projek terbaru bersama Netflix dalam bentuk filem sci-fi thriller yang bertajuk Atlas. Di samping itu juga, pengarah Rampage Brad Peyton telah disenarai pendek untuk mengetuai projek terbaru. 

Baru-baru ini, telah diumumkan bahawa Lopez dan Netflix akan berkerjasama dalam penerbitan filem dan siri televisyen. 

Atlas mengisahkan seorang wanita yang berjuang untuk menyelamatkan umat manusia selepas askar AI menentukan satu-satu cara untuk menamatkan perang, iaitu dengan menghapuskan semua umat manusia. Untuk menghalang tentera-tentera AI yang jahat ini, Atlas harus bekerjasama dengan satu pekara yang paling dia takuti – satu lagi AI. 

Filem terbaru ini ditulis oleh Aron Eli Coliete, berdasarkan lakon layar asal yang dirangka oleh Leo Sardarian. Selain berlakon, Lopez turut berkhidmat sebagai penerbit bersama Elaine Goldsmith-Thomas dan Benny Medina. 

Dalam perkembangan lain, Lopez bakal muncul dalam dua filem romantik komedi terbaru iaitu Marry Me bersama Owen Wilson dan Shotgun Wedding bersama Josh Duhamel. Kedua-dua filem itu akan dilancarkan pada 2022. 



Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee