Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jennifer Lawrence Sertai Reboot MCU “Fantastic Four”?


Buat masa ini, masih tiada perkhabaran baru mengenai X-Men dalam Marvel Cinematic Universe. Namun, kemunculan Evan Peters, yang memainkan watak Quicksilver, dalam siri “WandaVision” membuktikan tiada mustahil untuk melihat pelakon-pelakon francais X-Men dalam MCU. 

Terbaru, nama Jennifer Lawrence mula dipetik media tabloid yang mengatakan dia akan muncul dalam filem reboot “Fantastic Four“. Menurut Daily Telegraph (via The Daily Mail), pemenang anugerah Academy itu dikhabarkan bakal menyertai barisan pelakon “Fantastic Four”, dan filem tersebut dijangka memulakan pra-produksi tidak lama lagi, 

Bagaimanapun, tiada laporan mengenai watak yang akan dilakonkan Lawrence, tetapi laman-laman peminat tidak menolak pelakon itu mungkin membawa watak Sue Storm aka Invisible Woman. 

Buat masa ini, sumber dari Daily Telegraph boleh dianggap khabar angin memandangkan tiada bukti kukuh yang mengatakan Lawrence telah menyertai barisan pelakon “Fantastic Four”.

Tambahan pula, laman Screenrant melaporkan bahawa Marvel Studios baru sahaja bertemu dengan penulis-penulis yang berpotensi, manakala pengarah “Fantastic Four”, Jon Watts kini sedang sibuk dengan projek terbaru Sony/Marvel “Spider-Man 3“. 


Apapun, untuk melihat perkembangan “Fantastic Four”, kita perlu menunggu berita mengenai penggambilan penulis lakonlayar oleh Marvel Studios. Seperti yang dikatakan Screenrant, proses untuk mencari penulis memakan masa berbulan-bulan, dan barisan pelakonnya pula hanya dapat diketahui selepas itu.

Kepada peminat MCU, agaknya pelakon mana yang sesuai untuk bawa watak Sue Storm/Invisible Woman? kongsikan pendapat anda diruangan komen. 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee