Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jennifer Lawrence Nyaris Maut Dalam Nahas Kapal Terbang

Bintang filem Hunger Games, Jennifer Lawrence nyaris maut apabila pesawat peribadinya hampir terhempas disebabkan kegagalan enjin selepas melawat keluarganya di Louisville, Kentucky.

Menurut laman web E! News, salah satu enjin pesawatnya tiba-tiba mati diketinggian 31 000 kaki. Juruterbang persawat tersebut cuba melakukan pendaratan cemas tetapi sebelum ia sempat mendarat, enjin kedua pesawat tersebut turut mengalami kerosakkan.

Bagaimanapun, juruterbang terbabit berjaya mengawal pesawat itu dan mendarat di Buffalo, New York tanpa ada kemalangan jiwa. Menurut jurucakap Federal Aviation Administration (FAA), mereka mengesahkan kejadian pesawat melakukan pendaratan cemas dan destinasi yang dituju oleh pelakon terbabit.

“A Hawker Beechcraft B40 aircraft landed safely at Buffalo Niagara International Airport in New York at about 1:40 p.m. on Saturday. The crew diverted to Buffalo when they declared an emergency due to engine-related issues. The flight was heading to Teterboro Airport in New Jersey from Louisville, Kentucky. The FAA will investigate.”

Pihak FAA tidak mendedahkan nama penumpang yang berada dalam pesawat malang itu, tetapi jurucakap kepada pelakon itu telah menghubungi E!News dan mengesahkan, Jennifer Lawrence turut berada didalam pesawat dan memaklumkan kepada peminatnya yang pelakon tersebut tidak mengalami kecederaan.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment