Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jennifer Holland Kongsikan Gambar Belakang Tabir Guardians of the Galaxy 3, Sahkan Wataknya Dalam Threequel Tersebut


Susulan tayangan rasmi Guardians of the Galaxy Vol. 3 dipawagam seluruh dunia, bintang Peacemaker, Jennifer Holland, telah kongsikan gambar belakang tabir terbaru di Instagram miliknya, sekaligus mengesahkan nama wataknya dalam threequel terbaru Marvel Studios itu. 

Salah satu foto itu turut memaparkan dia bersama pengarah dan suaminya James Gunn, yang telah bekerjasama dengannya sejak Brightburn tahun 2019 dan The Suicide Squad 2021.

Ini menandakan kali keempat Gunn telah menyenaraikan pelakon-pelakon dari projek DCnya untuk muncul dalam ansuran terbaru francais Guardians of the Galaxy, dengan yang pertama ialah Chukwudi Iwuji, Daniela Melchior, dan Nathan Fillion

Guardians of the Galaxy Vol. 3 sekali lagi ditulis dan diarahkan oleh James Gunn. Veteren MCU Chris Pratt, Zoe Saldaña, Dave Bautista, Sean Gunn, Karen Gillan, Pom Klementieff, Bradley Cooper, dan Vin Diesel kembali mengulangi peranan masing-masing sebagai Star-Lord, Gamora, Drax, Kraglin, Nebula, Mantis, Rocket dan Groot, manakala Maria Bakalova kembali sebagai Cosmo the Spacedog.

Sekuel ini juga menampilkan pengenalan pendatang baharu francais Will Poulter dan Chukwudi Iwuji, yang menggambarkan peranan Adam Warlock dan High Evolutionary.


“Dalam filem Marvel Studios Guardians of the Galaxy Vol. 3, kumpulan ketidaksesuaian kegemaran kita kelihatan agak berbeza pada masakini,” menurut sinopsis.

Peter Quill, yang masih bersedih kerana kehilangan Gamora, mesti mengumpulkan pasukannya di sekelilingnya untuk mempertahankan alam semesta bersama-sama dengan melindungi salah seorang daripada mereka sendiri. Misi yang, jika tidak diselesaikan dengan jayanya, berkemungkinan besar akan membawa kepada pengakhiran Guardians yang kita kenali.”

Guardians of the Galaxy Vol. 3 kini sedang ditayangkan di pawagam.

Review Guardians of the Galaxy Vol. 3


Related posts

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee