Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jennifer Garner Kembali Sebagai Elektra Dalam ‘Deadpool 3’


Jennifer Garner akan memainkan peranan Elektra sekali lagi.

Selepas hampir 20 tahun, pelakon itu akan kembali memainkan peranan antiheroin Marvel Comic itu dalam filem Deadpool 3 yang akan datang, lapor The Hollywood Reporter.

Filem Marvel Studios itu kini sedang dalam proses penggambaran, dengan Ryan Reynolds mengulangi peranan ikoniknya sebagai Deadpool.

Hugh Jackman juga kembali dari persaraan dengan membawa peranan Wolverine sekali lagi. 

Garner pertama kali memainkan watak pembunuh itu dalam filem 20th Century Fox Daredevil pada 2003, yang menampilkan Ben Affleck sebagai Man Without Fear. 


Walaupun filem itu tidak begitu sukses di box office, ia masih mampu menghasilkan spin-off dengan Garner muncul dalam filem solo Elektra dua tahun kemudian. 

Namun begitu, Elektra juga gagal di box office, tetapi Garner mencipta nama sebagai antara pelakon wanita yang membawa watak utama dalam filem buku komik pada waktu itu. 

Penglibatannya dalam Deadpool 3 membayangkan beberapa jenis sudut multiverse yang telah lama dispekulasikan dalam filem itu, dan terdapat kemungkinan bahawa ada beberapa watak Marvel yang dihasilkan oleh Fox akan muncul dalam filem tersebut.

Deadpool 3 diarahkan oleh Shawn Levy (Free Guy, The Adam Projek) dan ditulis oleh Rhett Reese, Paul Wernick, Zeb Well, Ryan Reynolds dan Shawn Levy. 

Filem ini diterbitkan oleh Kevin Feige, Reynolds dan Levy. Marvel Studios menetapkan tarikh tayangan pada 3 May 2024.


Related posts

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee